Thursday, 26 February 2015

Rumah Misteri !

Rumah Misteri ! - Part 3
Preview ep 2 -->  Dyana memberitahu hal yang sebenar kepada Zarif .. Zarif mengerti apa yang Dyana rasa , tapi apa yang boleh Zarif buat ? Zarif tak ada duit buat masa sekarang . Dia tengah mengumpul duit untuk membeli rumah baru kerana Zarif pun rasa apa yang isterinya rasa . Zarif pun mengajak Dyana balik dan memasang poster berkaitan tentang islam dan membeli al-quran . Telekung & sejadah memang Zarif dah sediakan untuk Dyana . Dyana nampak sesuatu . Zarif pun berkata kepada Dyana . Dyana , awak jangan layan sangat . Dalam 2-3 hari lagi mak & ayah awak datang tinggal sini . Sebab tu dalam beberapa hari ni saya harap awak sabar sikit ye . Awak buat-buat tak nampak sudah .

 Ep 3 ---> Dyana pergi ke tandas lalu dia mengambil wudu' dan solat bersama Zarif . Selepas solat , Dyana mengajak Zarif pergi ke dapur untuk memasak . Dyana pun pergi ke dapur bersama Zarif lalu  mengambil bahan untuk memasak . Setelah ambil bahan nak masak nasi lemak Udang , Dyana menyuruh Zarif mencuci bahan-2 untuk memasak Nasi Lemak Udang . Zarif terkejut dan terbaling periuk ke lantai kerana air paip bertukar menjadi darah . Zarif pun memanggil Dyana yang sedang mengambil periuk dan Pinggan di rak . Semasa Dyana melihat air paip itu , air paip itu jernih dan tidak berubah menjadi darah seperti yang dikatakan oleh suaminya itu . Dyana pun menemani suaminya mencuci bahan untuk memasak nasi lemak lalu memasak nasi lemak tersebut .

                 Dyana mencedok nasi lemak tersebut dan memberikan nasi lemak itu kepada suaminya . Tinggal beberapa hari lagi sebelum Zarif berkerja , Dyana seperti mahu mengikuti Zarif berkerja tetapi apa lah daya , Dyana tak boleh buat macam tu . Mesti Zarif akan marah Dyana kalau dia berbuat demikian . Zarif pun cakap yang dia pegi keje , petang dia balik lah . Kalau Dyana tak nak duduk rumah pegi je la rumah jiran . Dyana pun ikut je lah apa suami dia kata .

          Dyana pun pegi ruang tamu dan bukak tv . Dyana nampak telefon suami dia . Dyana tak sempat nak bagi sebab suami dia dah pegi keje . Dyana pun ternampak bayang kanak2 di rumah mereka . Dyana pun ikut sehingga ke bilik yang tidak ditunjukkan oleh Zarif . Kanak2 yang Dyana nampak tadi hilang disebalik bilik itu lalu Dyana mencari kunci rumah , Dyana pun membuka pintu bilik itu . Dyana agak terkejut dengan apa yang dia nampak . 


                        Apa yang sebenarnya Dyana nampak ni ? Kenapa Zarif tak bagitau Dyana tentang bilik misteri ? Apa yang Zarif sembunyikan dari Dyana ? Kenapa Zarif tak nak beritahu Dyana tentang bilik misteri tu ? Nak tau sambungan ? Tunggu part 4 nanti ye ..

Thursday, 12 February 2015

Rumah Misteri ! -Part 2
~Lepas Nikah~

                         Dyana pun dalam perjalanan pergi ke rumah barunya bersama suaminya *Zarif Iqwal*. Dalam perjalanan ke rumah barunya , Nurul Dyana Elisya *nama Dyana* tertidur . Dalam mimpi Dyana , ada seseorang yang agak pelik datang memberitahu Dyana supaya jangan tinggal dekat rumah baru dia . Ada benda yang pelik akan berlaku .. Dyana tersedar dari mimpinya .. Si Zarif bagitau Dyana bahawa mereka dah sampai kat rumah baru .. Dyana keluar dari kereta dan berfikir sejenak . Adakah mimpinya itu nyata ? Patutkah dia bagitau yang dia  bermimpi buruk tentang rumah itu kepada Zarif ? Apakah Zarif akan percaya ? Pelbagai soalan kini melekat di dalam kepala Dyana .

                         Dyana tersentak apabila Zarif memanggilnya . Dyana seperti terpaku melihat rumah itu . Ada je benda yang tak kena dengan rumah tu . Dyana pun pergi masuk ke dalam rumah kerana dia memang takut duduk di luar rumah kalau tak ada orang yang temankan dia .. Dyana pun mengajak Zarif melihat semua bilik yang ada kat rumah tu .. Dyana meremang bulu roma . Bulu romanya tegak berdiri . Dyana lihat sesuatu yang berada di lantai .. Lantai yang di pijak itu berdarah . Dyana berlari ke luar rumah . Tetapi , Zarif melihat Dyana yang sedang berlari ke rumah jiran . Zarif bimbang kalau Dyana lari , susah nak di cari . Dyana ni pun satu .. Bukannya nak bagi nombor kat suami dulu . Zarif pun cepat-cepat mengunci rumah dan pergi mengejar si Dyana . Dyana berhenti . Zarif mengejar Dyana sehingga dapat . Zarif pun bertanya kepada Dyana . Kenapa awak lari pegi rumah jiran ? Awak ada nampak benda yang pelik ke ? Dyana tersentak sekali lagi kerana Zarif dapat membaca mindanya .. 

                        Dyana memberitahu hal yang sebenar kepada Zarif .. Zarif mengerti apa yang Dyana rasa , tapi apa yang boleh Zarif buat ? Zarif tak ada duit buat masa sekarang . Dia tengah mengumpul duit untuk membeli rumah baru kerana Zarif pun rasa apa yang isterinya rasa . Zarif pun mengajak Dyana balik dan memasang poster berkaitan tentang islam dan membeli al-quran . Telekung & sejadah memang Zarif dah sediakan untuk Dyana . Dyana nampak sesuatu . Zarif pun berkata kepada Dyana . Dyana , awak jangan layan sangat . Dalam 2-3 hari lagi mak & ayah awak datang tinggal sini . Sebab tu dalam beberapa hari ni saya harap awak sabar sikit ye . Awak buat-buat tak nampak sudah .

                                                                         #BERSAMBUNG                                                          


                     Apa yang Dyana nampak sebenarnya ? Apa yang patut Dyana buat ? Zarif cuma nak tenangkan jiwa Dyana sebab dia xnampak apa yang Dyana nampak ? Nak tau apa yang terjadi seterusnya ? Tunggu post seterusnya .